Wednesday, 23 November 2011

My Engagement - 18 June 2011

Assalamualaikum....

Topik : PERTUNANGAN

Bertunang....

Ok,macam biasa la kan lepas perbincangan diadakan (after merisik), majlis pertunangan akan dilangsungkan pulak. Pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara terdekatnya untuk upacara bertunang. Pada hari tersebut, majlis kenduri akan diadakan bersempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan (haaa...yang nie semua datang la orang2 kampung semua dijemput supaya maklum). Hantaran yang biasa orang buat untuk majlis pertunangan nie adalah seperti tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama (WAJIB ADA), sebentuk cincin berserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain yang telah digubah akan diberi kepada pihak perempuan (kalau inginkan kelainan buat la lain daripada yang lain, yang orang x pernah buat lagi. Contoh:  Bagi hantaran "Sport rim" ka huahuahua....).

Bilangan hantaran pulak (dari pihak lelaki) agak unik ya kerana jumlahnya ganjil iaitu sama ada lima, tujuh, sembilan, sebelas atau tiga belas b'coz... jumlah genap dikatakan memberi implikasi yang tidak baik. Jumlah hantaran yang diberi oleh pihak perempuan pula akan melebihi jumlah hantaran pihak lelaki (Biasanya lebih daripada 2). Adat menghantar belanja turut diadakan semasa adat bertunang ini dijalankan. Namun begitu ada juga yang menjalankannya secara berasingan daripada adat bertunang iaitu mengadakannya beberapa minggu sebelum majlis persandingan dijalankan (Macam kami la buat berasingan 2bulan@1bulan sebelum majlis perkahwinan baru la hantar berian).

Upacara ini akan dimulakan dengan wakil pihak lelaki menyerahkan tepak sirih kepada wakil pihak perempuan dan menyatakan lamaran mereka secara rasmi. Pantun sering digunakan dalam upacara ini bertujuan untuk memeriahkan majlis (Tapi...kami x ada la semua tue "Direct to the point" jer). Setelah pertunangan diterima secara rasmi, wakil kedua belah pihak akan berbincang tentang belanja perkahwinan, tempoh pertunangan dan lain-lain hal yang berkaitan (Biasa makcik2 mesti mahu tahu berapa jumlah hantaran). Tempoh bertunang lazimnya dalam masa setahun ataupun mengikut persetujuan kedua belah pihak.

Hantaran 9 dulang daripada saya untuk pihak lelaki (TEMA: RED)
p/s: Gubahan saya buat sendiri simple dan biasa saja (tp yang penting hasil daripada kerja tangan sendiri)

Yang nie pulak Hantaran 7 dulang daripada pihak lelaki untuk saya (TEMA: PURPLE)
p/s: Hamper dan yang lain2 tidak termasuk dalam gambar nie buah tangan dari keluarga lelaki

Ini Pelamin Mini saya...
Kos: RM300
(Simple tapi kos mahal sangat)

Yang nie biasa la My Flower Girl...
p/s: comelkan diorang....

Halluuu... It's me Atie
Tema: Blue (My favourite colour)
p/s: Baju nie sy beli ready made....


Rombongan pihak lelaki....
Tengok tue ramainya....

Upacara menyarung cincin.....

Selesai pun..... Last sekali bergambar la dengan keluarga lelaki dengan keluarga saya dengan semua la (Penat saya senyum) hihihihi......

Alhamdulillah.......



Majlis Merisik-KUE (1/5/2011)

Assalamualaikum.....

Sebelum berkahwin kena bertunang dulu, sebelum bertunang kena merisik dulu... (ikut adat la). Hihihi....
Ini story saya sebelum bergelar "tunangan orang". Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat "merisik". Kalau bertunang terus pun x payah merisik boleh juga. Senang sikit la x banyak sangat kos.

Tapi...macam saya nie, keluarga pihak lelaki mahu ikut adat mcm dulu2 la. Bukan apa supaya perhubungan tue lebih teratur (nampak cantik jer). Adat merisik nie juga dipanggil meninjau atau menengok. Disini saya explain sikit la apa yang saya tahu. Tujuan adat nie dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang. 

Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.

Biasanya si gadis duduk dalam bilik sementara keluarga pihak lelaki dan perempuan sedang berbincang dan menunggu untuk dipanggil. Rasanya...perbincangan keluarga saya dan keluarga lelaki sekejap saja terus setuju, terima dan confirm (hihihihi.....). Then saya pun dipanggil keluar untuk disarung cincin....
(Arrrr....takutnya berdebar2 hati nie), tapi alhamdulillah seperti yang dirancang semuanya berjalan dengan lancar. Keluarga belah lelaki pun suka keluarga belah perempuan pun suka. Dalam erti kata lain Direstui la bah....

 Mama lelaki keluarkan cincin....

 p/s: Hihihi.....(ketawa gembira)
sudah kena sarung cincin maknanya sudah ditanda. 
Amaran keras: X boleh kacau sudah....

 (senyum...x perlu kata apa2)
SENYUM SAJA....

 Salam....cium tangan (wajib)
Hihihi...selamat pun kena sarung cincin
(Tapi bergegar juga tangan saya tue)

With my beloved mama.....

Majlis merisik saya buat simple2 saja. Saya make up sendiri saja (main touch up2 ja janji boleh la).....
Saya guna Base makeup Ramellon dan Naturactor kod 141 http://redaries-beauty.blogspot.com


Tuesday, 15 November 2011

Outdoor bersama family

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمـَنِ الرَّحِيم
Assalamualaikum semuanya kepada para pembaca sy ucapkan sebagai pembuka bicara sy yg pertama dalam Blog sy nie......

Saya nie sebenarnya baru nak berjinak2 dengan blog [p/s: Tolong jangan menyampah yer]. Saja ingin bercerita menghilangkan rasa bosan di pagi hari yg x seberapa ok nie hihihi..... Macam nie storynya hari tue adalah pergi Zoo di Lokawi sana tue dengan anak buah and family angkat from Brunei. Ini 1st time sy datang Zoo Lokawi mmg best la.....

Mula2 tue... kami naik gajah. Errrr....takut juga sebenarnya nanti x pasal2 gajah nie mengamuk. Haahaa...
naik gajah tue pun sy x reti mcm mana (bengong tol). Tp jurulatih tue ajar la...sy naik dengan Hani & Pie sekali. Masa gajah tue disuruh jalan,sy rasa mcm mahu pitam ja mgkin sebab x biasa and 1st time naik gajah.

Tapi bila gajah tue sudah round2 bawa kami jalan rasa best pulak mcm x mo turun sudah hihihi....
Ya Allah....mmg best giler naik gajah nie dah la comel kiut plak tue (rasa mcm mo peluk2 ja gajah 2). Kalo ada kesempatan lg sy mo datang sana lg naik gajah (Insya Allah).....

p/s: Sebenarnya sy mo tjatuh sudah nie pegang si hani....
Comelkan? Gajah dia la...