Assalamualaikum.....
Sebelum berkahwin kena bertunang dulu, sebelum bertunang kena merisik dulu... (ikut adat la). Hihihi....
Ini story saya sebelum bergelar "tunangan orang". Dalam adat perkahwinan masyarakat Melayu, terdapat beberapa peringkat penting. Pertama sekali adalah peringkat "merisik". Kalau bertunang terus pun x payah merisik boleh juga. Senang sikit la x banyak sangat kos.
Tapi...macam saya nie, keluarga pihak lelaki mahu ikut adat mcm dulu2 la. Bukan apa supaya perhubungan tue lebih teratur (nampak cantik jer). Adat merisik nie juga dipanggil meninjau atau menengok. Disini saya explain sikit la apa yang saya tahu. Tujuan adat nie dilakukan adalah untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Ini penting, kerana dalam Islam seseorang itu dilarang meminang tunangan orang.
Biasanya si gadis duduk dalam bilik sementara keluarga pihak lelaki dan perempuan sedang berbincang dan menunggu untuk dipanggil. Rasanya...perbincangan keluarga saya dan keluarga lelaki sekejap saja terus setuju, terima dan confirm (hihihihi.....). Then saya pun dipanggil keluar untuk disarung cincin....
(Arrrr....takutnya berdebar2 hati nie), tapi alhamdulillah seperti yang dirancang semuanya berjalan dengan lancar. Keluarga belah lelaki pun suka keluarga belah perempuan pun suka. Dalam erti kata lain Direstui la bah....
Mama lelaki keluarkan cincin....
p/s: Hihihi.....(ketawa gembira)
sudah kena sarung cincin maknanya sudah ditanda.
Amaran keras: X boleh kacau sudah....
(senyum...x perlu kata apa2)
SENYUM SAJA....
Salam....cium tangan (wajib)
Hihihi...selamat pun kena sarung cincin
(Tapi bergegar juga tangan saya tue)
With my beloved mama.....
Majlis merisik saya buat simple2 saja. Saya make up sendiri saja (main touch up2 ja janji boleh la).....
Saya guna Base makeup Ramellon dan Naturactor kod 141 http://redaries-beauty.blogspot.com
No comments:
Post a Comment